
2026 Proton S70 rasmi dilancarkan sebagai versi dipertingkat bagi sedan segmen C yang diposisikan sebagai “Sedan Sportif Malaysia”, dengan kemas kini melibatkan aspek prestasi, ketersambungan digital, gaya serta pakej pemilikan. Model ini ditawarkan dalam empat varian iaitu Executive, Premium, Flagship dan Flagship X.
Sejak diperkenalkan, S70 telah mencatat lebih 38,000 unit jualan, dan kemas kini 2026 ini dilihat sebagai usaha Proton memperhalusi pakej sedia ada bagi mengekalkan daya saing dalam segmen yang semakin kompetitif.
Semua varian 2026 Proton S70 kekal menggunakan enjin i-GT 1.5 liter empat silinder turbo, dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan Dual Clutch Transmission (DCT). Output maksimum adalah 181 PS dan 290 Nm tork, dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.5 saat.
Dari segi kecekapan bahan api, penggunaan rasmi dinyatakan pada 5.7L/100km
, menjadikannya antara angka yang kompetitif dalam kelasnya.Menurut Proton, talaan sistem pacuan telah dipertingkatkan untuk memberikan penukaran gear lebih lancar serta pengurangan bunyi, getaran dan kekasaran (NVH).
Sistem ESC turut ditala semula bersama mod pemanduan boleh pilih bagi memberikan keseimbangan antara kawalan dan keselesaan.
Dari segi visual, 2026 Proton S70 menerima beberapa kemas kini termasuk lampu hadapan baharu, rim aloi 17 inci rekaan baharu, serta lampu belakang LED bar penuh dengan efek pencahayaan berirama.
Untuk varian tertinggi, aerokit ditawarkan sebagai standard, memberikan imej lebih sporty tanpa mengubah asas reka bentuk sedan fastback sedia ada.
Pilihan warna kini merangkumi Quartz Black, Marine Blue, Space Grey, Snow White, Armour Silver serta warna baharu Ruby Red.
Kemas kini paling signifikan untuk 2026 Proton S70 adalah pada bahagian ketersambungan. Model ini kini dilengkapi unit infotainmen terapung 12.3 inci resolusi Full HD dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.
Sistem arahan suara “Hi PROTON” membolehkan kawalan navigasi, media dan penyaman udara secara bebas tangan. Turut tersedia lima port USB termasuk Type-C, pengecas tanpa wayar serta sambungan data dalam kereta untuk pengalaman digital lebih menyeluruh.
Dari segi keselamatan, 2026 Proton S70 dilengkapi ADAS Tahap 2 merangkumi 13 ciri bantuan pemandu seperti:
Turut disertakan kamera 360 darjah dengan paparan 3D, TPMS serta rangkaian sistem keselamatan pasif menyeluruh yang meningkatkan keyakinan pemandu dan penumpang.
Proton turut memperkenalkan pakej pemilikan yang merangkumi:
Bagi 2,000 pelanggan pertama yang mendaftar sebelum 31 Mac 2026, rebat RM5,000 ditawarkan, bersama insentif tukar beli tambahan.
Proton juga memperkenalkan inisiatif selepas jualan seperti Fast Service dan 1-Day Service Delivery, bertujuan mengurangkan masa menunggu dan meningkatkan kecekapan penyelenggaraan.
Harga atas jalan tanpa insurans untuk Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:
Selepas rebat pelancaran, harga bermula dari RM68,800 untuk Executive dan sehingga RM89,800 bagi Flagship X.
Dengan kombinasi enjin turbo 181 PS, transmisi DCT 7-kelajuan, ADAS Tahap 2 serta infotainmen 12.3 inci dengan sambungan tanpa wayar, 2026 Proton S70 mengekalkan fokus sebagai sedan berorientasikan prestasi dalam segmen harga bawah RM100,000.
Kemas kini kali ini lebih kepada memperhalusi pakej sedia ada dengan penambahbaikan teknologi dan nilai pemilikan, tanpa perubahan radikal pada asas mekanikalnya.
Bagi pembeli yang mahukan sedan moden dengan ciri keselamatan dan prestasi seimbang, 2026 Proton S70 kekal sebagai antara pilihan paling menarik dalam kelasnya.
Baca juga: Proton e.MAS 7 PHEV Rasmi Dilancar, Bermula RM 109,800
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.