Automotif

10 Sportbike Kelas Pertengahan Yang Layak Dibawa Pulang Untuk Tahun 2024

Share

Kelas motosikal sportbike pertengahan telah mengalami transformasi yang signifikan dalam beberapa tahun terakhir. Dahulunya kelas pertengahan didominasi oleh motosikal 600cc, namun kategori ini kini merangkumi pelbagai saiz enjin dan konfigurasi, menyebabkan banyak pilihan motosikal di pasaran.

Dengan model terkemuka seperti Aprilia RS 660 dan Yamaha R7, serta penambahan entri baru yang menarik seperti Suzuki GSX-8R dan Triumph Daytona 660, kelas motosikal sportbike pertengahan kini lebih meriah dan banyak pilihan. Mari kita lihat dengan lebih dekat  10 pesaing teratas untuk tahun 2024.

  1. MV Agusta F3 800

MV Agusta F3 800 kekal sebagai model yang menonjol dengan tarikannya yang eksotik dan enjin tiga silinder 798cc berprestasi tinggi. Dengan kuasa sebesar 147bhp, ia menawarkan pengalaman menunggang premium bahkan model motosikal ini amat sukar untuk dilihat di jalan raya.

  1. Zero SR/S

Mewakili segmen EV, ini adalah Zero SR/S. Motosikal ini mempunyai kapasiti bateri 17.3 kwh dan mempunyai jarak perjalan sehingga 300 km perjalan dalam bandar. Mempunyai 113 kuasa kuda dan 190 nm tork, motosikal ini mempunyai kelajuan maksimum sehingga 200 km/j.

  1. KTM RC390

KTM RC390, kini sudah memasuki generasi kedua, menawarkan reka bentuk yang lebih “bold” dan ciri-ciri yang lebih menarik, motosikal ini masih mengekalkan enjin 375cc yang menghasilkan 44 kuasa kuda. Motosikal ini sesuai untuk mereka yang ingin berjinak-jinak dalam dunia sportbike kerana reka bentuknya yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu berat.

  1. Honda CBR650R

Honda CBR650R meneruskan legasi CBR600F, menyediakan gabungan keseimbangan prestasi dan reka bentuk yang cukup cantik dengan enjin empat silinder 650cc. Hadir dengan enjin 4 silinder sebaris, CBR650R dijual di pasaran dengan harga RM45, 499.

  1. Kawasaki ZX-4R

Kawasaki menghidupkan kembali keseronokan kelas 600cc dalam pakej yang lebih kecil dengan ZX-4R. Mesin empat silinder 400cc ini dipuji kerana bunyi motosikal ini hampir menyerupai model 600cc kawasaki yang lain cuma motosikal ini mungkin tidak akan masuk ke pasaran Malaysia oleh Modenas tetapi kita sama-sama berharapa agak Modenas terus membawa ZX-6R dengan harga yang lebih menarik.

  1. Suzuki GSX-8R

Suzuki GSX-8R baru sahaja dilancarkan, hadir  enjin kembar sejajar 776cc yang menjanjikan tork yang lebih tinggi berbanding motosikal lain yang setaraf dengannya. Ia adalah pesaing kuat dalam kategori pertengahan, menawarkan gabungan prestasi dan nilai yang menarik.

  1. Yamaha R7

Yamaha R7 mengambil alih legasi model Yamaha R6. Menawarkan pengalaman motosikal sukan yang lebih mesra dengan enjin 682cc namun hadir dengan 2 silinder tidak seperti model R6 yang hadir dengan 4 silinder. Sudah pasti reka bentuk menjadi dominasi utama peminat motosikal Yamaha yang tidak boleh dinafikan lagi.

  1. Modenas Ninja 650

Motosikal “sport touring” ninja 650 juga menjadi pilihan peminat motosikal di luar sana. Meskipun harga model ini lebih murah berbanding Modenas ZX-25R, tetapi ianya hadir dengan 2 silinder dan mempunyai kuasa yang lebih rendah berbading ZX-25R.

  1. Triumph Daytona 660

Triumph Daytona 660 membawa imej segar terhadap motosikal sukan pertengahan dengan enjin tiga silinder 660cc. Mempunyai 95 kuasa kuda, ia adalah motosikal entri baharu yang menarik dan lebih “rare” berbanding model triumph yang lain.

  1. Aprilia RS 660

Senarai teratas untuk kategori pertengah sudah pasti menjadi milik Aprilia RS 660. Hadir dengan  100 kuasa kuda dan berat hanya 169kg, ia sebuah motosikal yang ringan, pengendalian lincah, dan kuasa yang cukup untuk mencabar motosikal yang lebih besar, serta harga permulaan yang mencerminkan status premiumnya.

Jadi, motosikal mana menjadi pilihan anda? Kongsikan dengan kami pandangan anda di ruangan komen dan jangan lupa layari semua platform sosial media Roda Panas untuk info dan reviu motosikal menarik khas untuk anda.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi